After a few years
I don't know how to start but i think i should write something since tiba-tiba dapat access balik blog ni. Hey, so here i am Syahira yang dah berumur 25 tahun pada tahun 2021. Alhamdulillah dah habis dah degree and currently jobless huhu. Last update blog ni umur 20, time tu baru nak sambung diploma rasanya takpun baru je sem 1. Ya Allah, sekejap je eh.. MasyaAllah.. Nanti pun tah bila tergerak hati nak buka balik blog ni, rasa sayang nak delete sebenarnya even tahu blog ni hanya la sekadar blog yg tiada viewers or kalau ada pun hanya la sebab tersilap tekan link. OR! ADA LAGI MY FRIEND YANG INGAT LINK BLOG AKU NI.
Bukan pe dah rasa macam my blog 'lifeofs******' (ni takut tetiba boleh naik kat search engine sbb tu letak *) macam salah satu memori masa nak membesar and memori masa zaman sekolah zaman remaja yang baru nak up lol tetiba rasa cringe. Tapi tu lah boleh pulak pergi delete semua post blog yg lama lama baru nak baca balik aib diri sendiri hahahaha. Before this dah accessed blog ni, but dah deleted everything sebab tak tahan dengan aib sendiri lol. So, yang tinggal hanya la draft.
Life update seperti di atas, cuma sekarang tengah cari kerja. Baru lepas cari kerja ni sebenarnya. Tak sabarnya diri sendiri ni nak baca beberapa tahun akan datang. Tengah kerja apa eh aku masa tu. Masih bercinta dengan orang yg sama ke eh, dah kahwin ke agaknya, dah ada anak ke ehh. Tak sabarnya nak baca as a Syahira dari beberapa tahun akan datang.
Syahira yg sekarang, yang jobless, yang bangun makan tidur lepas tu berat pun tengah naik, duduk rumah je sebab covid (agaknya nanti covid cana la eh), yang tidur lambat sebab tengok kdrama and netflix. Dan juga yang masih tak tahu hala tuju kehidupan, setiap hari tengah fikir 'aku ni nak apa eh dalam hidup'. Tiberr puitis sensorang sebab sambil dengar playlist ost korea sesedih.
Another update, alhamdulillah masih dikelilingi orang yang dikasihi dan disayangi, family aku btw dah plus one dah sebab kehadiran adik yg baru berumur 2 tahun sekarang. Ingat umur 25 dpt anak dah tp tu lah perancangan Allah dapat adik baru dulu. Then, masih lagi bersama dengan orang yg sama bercinta dari diploma dan mempunyai rakan-rakan yg menambahkan keceriaan hidup.
To be honest, takda la teruk sangat eh hidup Syahira yg sekarang. Cuma belum rezeki je yg datang seperti rakan rakan yg lain, sudah bekerja dan dah nak berkahwin atau dah berkahwin. Rezeki belum ada mungkin belum cukup usahaku ini. Yang penting Syahira sekarang masih tenang, tak sangka masin mulutku sebenarnya, tu la cakap lagi nak rehat setahun lepas habis degree, ni lagi beberapa bulan cukup la setahun. Hopefully ada la eh agaknya rezeki after a year or insyaAllah lagi cepat kalau boleh.
Itu sahaja untuk post ni, entah bila pula eh nak update blog ni, harapnya ingat la email and password. Kita tengok bila pulak eh akan update. Bye!
Comments
Post a Comment